Monday, August 5, 2013

Memakai Hijab

apakah kelebihannya ? 
 
jika memakai hijab hanya untuk pakaian sampingan ? kejap buka kejap tutup.
ada faedah?
dahlah kejap buka kejap tutup, singkat pulak tu. lilit sana lilit sini sampai nampak leher, baju ngan seluar pun ketat.. orang tengok pun sampai tak lepas panda
ng.


"tak lepas pandang" itukah yang kau inginkan?? 

 
banggakah engkau jika Aurat mu dipandang murah sebegitu?
Kita sesama musli
m. saya tak sempurna, tapi saya cuma tegur.
kita sesama saudara harus saling mengingati.


kita memakai hijab :

 
1) adakah hanya untuk fesyen semata2?
3) atau untuk menjaga pandangan lelaki ajnabi dan menutup aurat untuk keredhaan Allah ?

jika no. 1 adalah alasan mu.
it's No Use.
you know why ?
kalau nak guna alasan 1 lebih baik tak payah pakai,
memakai hijab untuk fesyen semata2 adalah sama dengan tidak memakai hijab langsung.


inilah yang Nabi katakan, berpakaian telanjang.
no use. 

 
pakaian yang diredhai Allah :

 
baju & labuh / jubah yang tidak jarang.
long skirts yang tidak jarang. / seluar yang tidak ketat.
memakai stokin (kaki jugak aurat)
memakai handsock
melabuhkan tudungnya hingga menutupi paras dada. & yang tidak jarang.

Monday, April 29, 2013

Ya Allah.. :')

biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..Ya Allah, Apabila ENGKAU memanggilku, ambillah aku dalam keadaan 'Khusnul Khotimah' dan sempatkanlah aku untuk mengucapkann kalimat  "LA ILAHA ILALLAH"  
BISMILLAH..

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa yang nampak dan yang tidak nampak, dosa yang sengaja dan yang tidak sengaja, dosa besar dan dosa kecil, dosa yang zahir dan juga batin. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami, para pemimpin kami seterusnya kaum muslimin dan muslimat yang terdahulu mahupun yang terkemudian, redhailah kehidupan kami di dunia mahupun akhirat.

Ya Allah Rahman, berilah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa mengagungkan kebesaranMu, taat akan perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Engkaulah yang menghidup dan mematikan kami, engkaulah yang memberi kejayaan dan kegagalan kepada kami. Kami tidak ada daya upaya melainkan dengan izinMu semata-mata.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami patuh dan taat akan perintahMu serta mengamalkan sunnah baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka.

Ya Allah berilah keyakinan kepada kami agar kami berani dan bersedia menghadapi segala ujian yang diturunkan kepada kamii. Terangkanlah hati kami, mudahkanlah kami memahami pelajaran dan pengajaran yang engkau ingin engkau berikan melalui ujianMU.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami taat menunaikan solat 5 waktu sehari dan semalam. Dengan solat itu Kau kurniakanlah rezki ilmu yang bermanfaat kepada kami. Dengan solat juga Kau lepaskan kami dari
Azab kubur, diberi buku catatan amalan melalui tangan kanan,melintas jambatan sirat sepantas kilat dan memasukkan kami ke dalam Syurga tanpa hisab.

Ya Allah Ya Rahim, berilah kekuatan kepada kami agar kami belajar bersungguh-sungguh dari kesilapan kami tanpa mengenal erti jemu. Dengan ilmu itu ya Allah mudah-mudahan kami tahu yang manakah suruhan dan laranganMu.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berilah kekuatan kepada kami agar kami sentiasa mengingatimu dalam setiap masa dan keadaan. Semasa senang dan semasa susah, semasa lapang dan semasa sempit, semasa muda dan semasa tua, semasa sihat ataupun sakit.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami dapat mengamalkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) ke dalam diri mereka seperti sifat rajin, tekun, sabar, rendah diri, tolong menolong dan sebagainya, sebaliknya kau buangkanlah sifat-sifat keji (mazmumah) yang ada pada diri mereka seperti sombong, ujub, riak, dan sebagainya dari diri mereka.

Ya Allah berilah keikhlasan kepada kami agar kami melakukan dan meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah, bukan kerana dipaksa atau disuruh oleh sesiapa.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kami agar kami berjuang bersungguh-sungguh di dalam menghadapi segala ujianMu terhadap kami. Jadikanlah kami bukan sahaja hamba yang cemerlang di dunia bahkan juga di akhirat nanti.

Ya Allah sebenarnya banyak lagi yang ingin kami minta, tetapi kami tidak pandai berdoa. Cukuplah apa yang nabi minta untuk kebaikan umatnya itu yang kami minta dan apa yang nabi minta jauhkan itu jualah yang kami minta jauhkan.

Aamiin Ya Allah T.T

Fikirlah.. Istighfarlah..

ALLAH sentiasa jaga kita, Dia sentiasa mengikuti
kita, dalam pada Dia menguji kita, Dia sentiasa menyayangi kita.. Tapi kita??

kite terlalu sibuk memikirkan benda yang tak berfaedah.

kita terlalu sibuk memujuk gf/bf kita yang tengah marah.

tapi bila Allah marah. tidakkah kita terfikir??

mungkin ada yang terfikir. tapi tidak memperdulikannya.

mungkin ada yang langsung tidak terfikir.

fikirlah.

Istighfarlah.

Allah sayang sangat dengan kita.
kita cakap kita sayang Allah.

tapi?

adakah hanya berkata "Saya Sayang Allah" itu sudah cukup??

fikirlah.

Istighfarlah.

saya tegur. tidak bermakna saya sempurna.

setiap manusia ada kekurangannya.

muhasabah buat dirisendiri jua. T.T

♥♥ Sabarlah Dalam Berdakwah, Dakwah Itu Cinta ♥♥

Sabarlah dalam berdakwah,
sabarlah dalam membawa insan ke arah
kebenaran.


Sabarlah sayang.

Rasulullah dibaling batu hingga berdarah kerana dakwah,
Rasulullah dihina, diludah kerana membawa Islam,
Rasulullah dituduh sesat kerana membawa
kemenangan.

Biarkan mereka menghina kita,
biarkan mereka berkata nista dan bodoh kepada kita.

Biarkan, sabar.

Jika kita bersungguh-sungguh demi Islam, kita tetap akan menang.

Allahuakbar. ♥


jangan sedih jika takde yang menyokong mu untuk berdakwah sebab..

Allah ada.. :'D

takkan hanya sebab orang tegur dah nak berhenti berdakwah..

Mana perginya Imanmu ?
hanya sebab ditegur sedikit, dah berhenti nak berdakwah

Allah..

Saya bukanlah seorang muslimah yang baik. 

malah saya baru berhijrah.
tapi. tidak salahkan ? jika aku ingin menyampaikan dakwah.

walau sedikit,
walau sepatah ayat..

kerana..

DAKWAH ITU CINTA.. 

-InginAkuMenjadiSolehah-
 

Monday, January 7, 2013

Allah Is Always With us, Jom! kita berubah ke jalan Allah SamaSama ^^



Don't be sad , Allah is ALWAYS with us, everywhere you go, everything you do, where ever you hide yourself.. He's Always there,He take care of you, He sees you, He knows you more than anyone else!
Dia sentiasa jaga kita, Dia sentiasa mengikuti kita, dalam pada Dia menguji kita, Dia sentiasa menyayangi kita.. Tapi kita??

Bagaimana cara kita untuk berterima kasih kepada 'Pencipta' (Allah) kita??

Allah tak minta yang Payah..


Allah tak minta Hotel sebagai bayaran..


Allah tak minta Duit sebagai bayaran..


Allah tak minta Rumah sebagai bayaran..

Allah cuma minta KITA MENGHORMATI DIA..

Dengan cara apa??

Tidak Susah..Sungguh Tidak Susah.. Wahai Hamba Allah.. :')

Cuma dengan SOLAT,


Cuma dengan berZikir mengingatiNya dan RasulNya,


Cuma dengan Reciting A-Quran (Membaca Al-Quran),


Cuma dengan menutup Aurat,


Cuma dengan mengikut SEGALA SURUHANNYA dan MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA,


Mudah.. Sungguh Mudah.. Wahai Hamba Allah.. :')

Allah TIDAK PERNAH menyusahkan KITA..

jika DIA memberi Dugaan.. DIA TIDAK akan menduga kita lebih Dari yang kita TERDAYA..

Namun,

APA yang buat kita susah, dan SANGAT SUSAH untuk memperbaiki DIRI?

yang buat kita SUSAH sangat untuk melakukan itu hanya DUA iaitu;

Apabila hati sudah tertutup untuk melakukan suruhanNya,
Apabila Syaitan laknatullah! sudah mempengaruhi dirimu sepenuhnya,

Na'uzubillah! :'o

Jadi, Sama2lah kita memperbaiki DIRI SENDIRI,
PINTU TAUBAT ALLAH SENTIASA TERBUKA SELAGI KITA MASIH HIDUP sayang..
nak BERUBAH tidak semestinya tunggu tahun baru.. kita BOLEH berubah bila2 masa sahaja..yang penting ialah NIAT

NIAT kita untuk KEMBALI KE JALAN ALLAH
NIAT kita untuk MENGIKUTI JALAN DAKWAH
NIAT kita untuk MENJALANI SEGALA SURUHAN ALLAH dengan IKHLAS dan BERBESAR HATI. ♥

Awak, Ingatlah.. ALLAH SENTIASA SAYANG KITA.. ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KITA.. ALLAH SENTIASA MEMERHATI KITA.. TAPI ALLAH CUMA INGIN KITA SEMUA BERIBADAT KEPADANYA... MENGIKUTI SURUHANNYA DAN MENIGGALKAN LARANGANNYA..

Cuma itu yang DIA MAHU.. TAK lebih awak.

Simple kan ? Maka berubahlah.. BINA lah hidup BARU dimana Dirimu dan HATImu dipenuhi degan rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah..
dimana DIRImu dan HATImu merasa DILINDUNGI..
dimana ketika DIRImu sujud dengan penuh keikhlasan dan penuh kekhusyukan dirimu rasa dirimu dekat dengan Allah..

Jadilah seorang pendakwah yang HighClass ..

InShaaAllah..


Jom Muhasabah SamaSama! 

By : Ana -"NurSyakiirahHR"- 

Andai Dirimu ingin menjadi solehah



Andai dirimu ingin menjadi soleh/solehah,
maka berusahalah.
solatlah.
berzikirlah.
ikuti suruhanNya dan tinggalkan laranganNya.

kuatkan keinginanmu untuk berubah,
jangan mudah terhasut hasutan syaitan laknatullah!

Allahu...

Awak,
Kembali kejalan Allah adalah salah satu keputusan yang sangat baik, sangat bijak.

So,
tak perlulah nak malu-malu.
tak perlulah nak ragu-ragu.

kembali ke jalan Dakwah adalah kembali ke jalan CINTA kepada Allah S.W.T,,

Saturday, January 5, 2013

Telah Ku Jumpa Bahagia yang Sebenar .. :')

aku merasa bahagia apabila dekat dengan Allah iaitu ketika Sujud semasa melakukan solat.. rasa tenang dri sebelumnya..

aku merasa bahagia apa bila berzikir mengingatNya dan Rasulullah..

aku merasa bahagia kita mendengar bacaan surah dan ketika aku membaca surah2 yang dimulai dengan Bismillah

aku merasa bahagia kerana ketika aku sedih, aku tidak gentar kerana aku pasti bahawa ALLAH sentiasa menjagaku.. menemaniku..

aku merasa bahagia kerana aku telah berdakwah.. dan aku berniat kerana Allah..

Aku merasa bahagia... Tenang... Selesa... Aman... dari sebelumnya..

Alhamdulillah ya Allah ..