Saturday, December 8, 2012

diri ini tidak sebaik muslimah-musimah solehah yang lain :')

Sungguh aku sedar bahawa diri ini tidak semulia dan sebaik muslimah-musimah solehah yang lain yang sangat terjaga kesucian nya dan tidak pernah ternoda kesucian hati nya dalam menjaga agama Mu Ya Allah tapi aku hanyalah muslimah yang sudah menyesal akan kesilapan masa lalu ku dan ingin kembali ke jalan Mu Ya Rabb.Sesungguh nya aku tahu Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.Engkau akan menerima taubat hamba Mu meskipun hidup nya selama ini tidak pernah berbuat kebaikan sekalipun kerana sesungguh nya orang yang benar-benar bertaubat diibarat kan seperti bayi yang baru lahir yang suci dari segala dosa lalu aku dengan rendah hati memohon keampunan dari Mu akan dosa-dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini Ya Allah.

Benar jika ingin dibanding kan dengan mereka yang lebih teruk aku mungkin dikategori kan sebagai yang biasa sahaja pada zaman sekarang tapi bagi ku dosa tetap dosa.Hukum tidak menghalal kan cara wahai saudara-saudara ku.Jangan lah kita terpedaya dan dikaburi dengan bisikan syaitan yang menyatakan bahawa apa yang kita lakukan itu sebagai biasa sahaja di zaman sekarang ini.Tidak!Mungkin manusia boleh berubah mengikuti zaman tapi agama dan hukum tidak akan pernah berubah dari saat sebelum tercipta nya Adam mahupun sebelum diturun kan Al-Quran.

Pasti ramai yang akn berkata-kata sumbang dibelakang mengata kan bahawa punca perubahan diri ku pasti lah kerana aku telah melakukan kesalahan atau dosa yang tersangat besar atau hidup dalam kejahilan yang amat sangat sebelum ini atau kerana telah dikecewakan seseorang atau kerana disebab kan seseorang yang membawa aku ke jalan yang lurus atau kerana telah melihat keazaban diri di dalam mimpi.Jawapan ku bagi persoalan ini adalah tidak sama sekali!Aku berubah kerana diri ku sendiri.Aku berubah kerana aku tidak melengah-lengah kan seruan hidayah yang Allah beri.Aku berubah kerana aku menyesali dosa-dosa ku.Aku berubah kerana aku tidak mahu lagi hidup dengan kehidupan yang sudah banyak dicanang kan dengan bisikan-bisikan syaitan yang menghasut kita untuk menyimpang dari jalan yang benar.Dan yang paling penting aku berubah kerana aku yang mencari perubahan itu.Memang Allah akan memberi kita hidayah tapi berapa ramai kah yang tidak ragu-ragu dan tidak berlengah menyahut nya dan melaksana kan nya?Kuasa Allah untuk membei hidayah kepada hamba nya tapi ia merupakan tanggungjawab manusia untuk mencari dan melaksana kan nya. 
 
Apa yang telah aku lakukan di masa lalu ku?? BANYAK.Terlampau banyak dosa yang ku lakukan.Walaupun dosa-dosa kecil jika dikumpul kan akan menjadi banyak apatah lagi jika dosa-dosa besar.Benar dahulu aku sangat menjaga pergaulan dengan kaum lawan sejenis ku.Aku membatas kan kerana aku takut akan fitnah manusia.Aku menjaga diri ku dari bersentuhan mahupun keluar dengan mereka tanpa sebab yang mendesak.Aku pasti akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak.Tapi syaitan memang tidak pernah berputus asa.Semua itu tidak aku amal kan dengan kekasih hati.Sungguh aku tidak pernah sampai berzina mahupun aksi-aksi terlampau tetapi aku sudah tidak menjaga kesucian hati ku dan perlakuan ku.Hukum tidak menghalal kan cara.Walaupun aku cuba menjaga nya tapi tetap di dalam Islam tiada kapel yang halal di sisi Allah selain bernikah.Aku sudah pun mencemari hati serta fikiran ku dengan mendengar kata-kata syaitan yang ingin melihat aku menjadi pengikut nya.Astaghfirullahalazim betapa lemah nya iman aku.

Bagaimana pula dengan pakaian ku?Sungguh aku masih cuba menjaga aurat ku.Aku bertudung dan memakai pakaian yang jika dilihat seperti menutup aurat pada pandangan manusia tapi sebenar nya tidak mengikut syariat.Aku tidak melabuh kan tudung ku dan tudung ku juga berbayang.Apa tudung yang aku pakai?sama seperti kalian.Tudung seperti tudung bawal,Syria dan juga selendang.Walaupun mungkin tidak ku labuh kan menutupi dada tapi aku masih tahu yang leher itu aurat lalu aku menyemat kn jarum peniti supaya tidak kelihatan.Baju-baju dan seluar ku tidak terlalu ketat tapi masih juga tidak mengikut syariat.Seharus nya aku memakai pakaian-pakaian yang longgar dan lebih menampil kan cirri-ciri Islamik biar lah dikata kan kuno atau tidak pandai berfesyen.Sungguh jika dikata mengenai feseyen sesungguh nya aku mungkin lebih tahu berbanding kalian bagaimana ingin berfesyen tapi aku tahu akan batas-batas nya maka aku tidak mengikuti nya.Aku hanya berpenampilan sekadar biasa sahaja.Megah kah anda bila dipuji cantik sedang kan pakaian yang anda pakai itu yang akan membawa mu ke neraka?Tidak bagi aku.Apa lah guna nya cantik di mata manusia andai kata dimurkai Allah?Kesedaran ini yang membawa aku kearah perubahan diri ini.Adakah anda menyangka dengan hanya menutup aurat dan memakai tudung itu sudah memadai?Tidak!Islam telah pun mengajar kan cara pemakaian yang benar kepada kita.Tudung hendak lah dilabuh kan menutupi dada,pakaian tidak boleh menunjuk kan bentuk tubuh dan pakaian hendak lah tidak jarang dan boleh menimbul kan syahwat kepada lelaki-lelaki muslim.

Bagaimana dengan tingkah laku dan percakapan ku?Sungguh aku sedang menipu jika aku mengatakan aku tidak pernah menipu,mengata mahupun berburuk sangka.Tapi aku menemukan betapa sia-sia nya perbuatan itu kepada diri ku.Bukan nya memberi manfaat bah kan membawa musibah dan ketidakteraman hidup pada ku.Betapa indah nya agama Islam jika kita mendalami nya.Islam mengajar kita untuk sentiasa berbaik sangka supaya kita tidak hidup dalam keadaan yang resah gelisah.Islam melarang kita berkata buruk mengenai seseorang kerana ia menunjuk kn betapa buruk nya perangai kita.Islam melarang kita berbohong kerana kelak pembohongan itu akan memakan diri kita.DI sebab kan kesedaran ini juga lah aku ingin melakukan perubahan diri.Sungguh percakapan ku mungkin agak kasar berbanding muslimah-muslimah yang lain.Aku bersangka jika aku melaku kan demikian aku dapat memelihara diri ku dari lelaki-lelaki yang ingin mendekati diri ku tapi aku salah.Islam tidak pernah mengajar kita untuk berkasar bah kan kita diajar untuk berlemah lembut terutama nya bagi wanita tapi bukan bermaksud berkata-kata lembut dengan lelaki sehingga menimbulkan syahwat di dalam hati mereka..Kita hanya dibenar kan untuk bertegas dalam menegak kan kebenaran tapi bukan dengan kekasaran.Ini juga lah yang ingin aku ubah supaya aku akan menyenang kan orang-orang disekeliling ku.

Bagaimana pula dengan amal ibadat ku?Sungguh amal ku sentiasa turun dan naik.Tidak menentu.Aku tertanya-tanya adakah aku layak dikata kan seorang muslim?Aku banyak melanggar perintah Allah.Aku selalu juga lupa akan diri Nya.Aku juga semakin menjauh kan diri ku dari Nya walaupun aku tidak pernah menidakkan kewujudan Nya.Aku membanding kan diri ku dengan mereka-mereka yang tidak pernah jemu mentaati Allah dan hidup dengan mewakaf kan diri di jalan Allah.Subhanallah!Aku langsung tidak layak hendak dibanding kan dengan mereka.Aku telah tersasar jauh Ya Allah.Aku menyangka kan dengan mengetahui asas-asas agama dan sedikit maklumat tambahan sudah cukup bagi ku tapi aku silap!Lagi banyak aku belajar lagi banyak perkara yang aku tidak tahu sebenar nya.Jika aku membaca dan menimba ilmu setiap hari sekalipun tak kan pernah cukup dan habis ilmu yang ada.Baru aku sedar betapa jahil nya diri ini.

Kini aku sedang dalam penghijrahan ku.Aku sedang dalam misi mengubah diri ku menjadi lebih baik.Mengubah diri menjadi muslimah yang sejati.mengubah diri untuk mencari keredhaan Ilahi.Tapi aku tahu perjalanan nya tidak semudah yang aku sangka kan.Banyak dugaan yang akan mendatangi ku.Ada yang mengatakan aku seperti lalang yang ditiup angin.Mudah berubah-ubah.Ya Allah betapa hati ku seperti dihiris sembilu tatkala mendengar ayat itu meluncur laju keluar dari mulut orang yang paling aku kasihi.Aku idak menyangka sampai begitu pandangan nya terhadap ku.Aku menyangka kan dia akan bangga dengan perubahan ku.Tapi benar,ini pasti dugaan yang ingin Engkau beri kan kepada ku.Aku cuba membela diri ku dengan mengatakan aku bukan seperti lalang yang ditiup angin tapi aku hanya diberi kesempatan dari Allah untuk bertaubat dan dianugerah kan hidayah supaya aku tidak tergolong di kalangan mereka-mereka yang sesat.Aku juga menegas kan bahawa perubahan ku bukan kerana sesiapa kerana jika ingin dinilai kan aku tidak didampingi dengan orang-orang yang ingin mengajar dan membawa ku ke jalan yang benar bah kan aku dikelilingi dengan mereka-mereka yang mungkin lebih teruk dari ku tapi aku tidak akan menjadi kan itu satu alasan untuk tidak berubah.Aku harus bangkit sendiri di tengah-tengah kejahilan itu dengan menunjuk kan contoh terbaik kepada mereka dan cuba mengajak mereka untuk menyertai ku.InsyaAllah.

Aku bermohon kepada Mu Ya Allah,kuat kan lah hati ku dalam menempuhi dugaan dan kehidupan ku pada masa akan datang.Jangan lah pernah Engkau biar kan hati ku terlalai dan terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan yang pasti tidak senang melihat perubahan ku ini.Ya Allah aku bermohon kemantapan dan keteguhan iman dari Mu untuk sentiasa berda di dalam perlindungan dan keredhaan Mu.Jangan lah Engkau letak kan ku bersama-sama mereka yang sesat dan melanggar perintah Mu.Ya Allah,aku juga bermohon agar dikurnia kan pendamping hidup yang sama-sama ingin menegakkan agama Mu dan mampu membimbing aku serta keluarga kami ke syurga Mu.Aku juga bermohon diberi sahabat-sahabat yang mampu menasihati dan mengingati ku dikala aku terleka dan lupa kerana sesungguh nya aku tahu aku hanya lah seorang manusia yang lemah hati nya.Aku takut Ya Allah.Aku takut aku adalah antara penghuni neraka jahanam yang tidak tergambar azab nya.Terima lah taubat ku Ya Allah dan pimpin lah ku ke jalan redha.
 
Aamiin Ya Rabb. :'( ♥

Friday, December 7, 2012

~Uhibbuka Fillah wa Uhinnuka Fillah ya Rasulullah S.A.W ~



Sesuatu yang kita sangka baik, tak semestinya terbaik buat kita, kerana kita manusia, kita harus ingat bahawa Allah maha mengetahui yang terbaik untuk kita, kalau kita ingkar perintah Allah, kita lupa Rasulullah, maka kita tidak akan bertemu dengan bahagia yang sebenar, sesungguhnya, tidak ada manusia yang dapat lari dari kematian, di Mahsyar Allah nanti, tidak ada pengharapan lain yang ada melainkan syafa'at Rasulullah ..

menitis airmata ana bila membaca kisah bagaimana rindunya Rasulullah kepada kita, atas usaha kegigihan dan pengorbanan bagindalah kita bertemu, kita diajar tentang kasih sayang dan cinta yang suci, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syari'at yang dibawa oleh baginda Rasulullah, tanpa darah yang mengalir di Uhud dan Taif tanpa luka luka yang baginda alami di Makkah tak mungkin Islam itu akan sampai mengajarkan kita tentang kasih sayang, namun kenapa kita sendiri yang memisungkannya disaat tidak bermakna cinta manusia nanti, kita masih lagi menjadi umat yang dicintai Rasulullah, tetapi tidak malu kah kita mengaku sebagai umat yang mencintai baginda, tapi kita penuhkan kehidupan kita dengan perbuatan maksiat..Rasulullah masih lagi mencintai kita..kerana seluruh kehidupan baginda adalah untuk kita umatnya ..

jika Rasulullah ada dihadapan kita sekarang dan menyaksikan perbuatan kita yang keji ini, alangkah dukacitanya baginda, kita membalas segala pengorbanan air mata dan darah baginda dengan menjadi umat yang rosak ..

Awak,, baginda Rasulullah, telah berdoa untuk kita, berdoa agar kita diringankan siksa kematian, berdoa agar kita menjadi umat yang bahagia, umat yang merasa nikmat cinta yang sebenar, Ana telah memilih untuk mengasihi Allah dan Rasulullah lebih dari apapun.. Ana ingin penuhkan hati ana, dengan kecintaan pada baginda, setulusnya..

 tidak sekali ana ingin kongsikan dan mencemarkan rasa cinta ini dengan cinta yang bertuankan nafsu manusia, Ana telah memilih Rasulullah, ana telah memilih untuk berbahagia dengan cinta baginda, hidayah itu milik Allah Subhanahu Wa Ta'ala, cinta itu juga milik Allah, segala yang kita lihat, segala yang kita miliki, adalah pinjaman semata-mata ..



sekarang ana sedar, tidak ada apa-apa untuk berkongsi dengan ukhti, akhi, melainkan rasa cinta terhadap Rasulullah S.A.W .. ketahuilah ukhti, akhi, bahawa ukhti dan akhi nie sentiasa dalam doa'a ana, dengan airmata dosa ini, ana panjatkan do'a kepada Allah agar melembutkan hati ukhti dan akhi, menyuburkan cinta ukhti, akhi, kepada baginda Rasulullah, kerana ana yakin, orang2 sebaik ukhti2, dan akhi2 ini, akan menjadi yang terbaik, bila mengenal erti CINTA KEPADA RASULULLAH .. :')

AllahuRabbi :') <3

Wallahua'lam ..

Tuesday, December 4, 2012

seorang gadis betanya ayahnya "Ayah ceritakanlah padaku perihal "Muslimah Sejati"



Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan yang tersembunyi.itulah yang terbaik”


lalu ayahnya menyambumbung
 
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
 “lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Siapa yang cantik? Awak cantik? saya? Atau dia?




 BESYUKURLAH

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Innallah jamil wa yuhibbu jamal. (Allah itu cantik dan sukakan kecantikan)

Kebanyakan manusia merasakan apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. Mereka yang ekstrem mah
u kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mend

apat tempat di hati manusia.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaan-Nya.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan kurniaan Allah kepada kita dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya kerana-Nya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh-solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hamba-Nya yang soleh dan solehah

Monday, December 3, 2012

~ Berhati-hatilah Menjaga Hati ~




~ BERHATI-HATILAH MENJAGA HATI ~

Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, apabila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dizalimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi nikmat yang tiada bandingannya.
Nafsu tiada pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuh raya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ‘maju’ setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadikan si berdosa itu pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ‘peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Bukankah penyesalan itu syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada saranan untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau berhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

<3 Lelaki idaman setiap ‘perhiasan dunia’ <3




 

Biarlah dia seorang yang buta,
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah,
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi,
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia dan seumpamanya


Biarlah dia seorang yang bisu,
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran,
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran,
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran.


Biarlah dia seorang yang bakhil,
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya,
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah,
Kembali megah di muka dunia,


Biarlah dia seorang yang papa,
Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,
Papa memiliki akhlaq mazmumah,
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan,
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah..