Monday, April 29, 2013

Ya Allah.. :')

biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..Ya Allah, Apabila ENGKAU memanggilku, ambillah aku dalam keadaan 'Khusnul Khotimah' dan sempatkanlah aku untuk mengucapkann kalimat  "LA ILAHA ILALLAH"  
BISMILLAH..

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa yang nampak dan yang tidak nampak, dosa yang sengaja dan yang tidak sengaja, dosa besar dan dosa kecil, dosa yang zahir dan juga batin. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami, para pemimpin kami seterusnya kaum muslimin dan muslimat yang terdahulu mahupun yang terkemudian, redhailah kehidupan kami di dunia mahupun akhirat.

Ya Allah Rahman, berilah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa mengagungkan kebesaranMu, taat akan perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Engkaulah yang menghidup dan mematikan kami, engkaulah yang memberi kejayaan dan kegagalan kepada kami. Kami tidak ada daya upaya melainkan dengan izinMu semata-mata.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami patuh dan taat akan perintahMu serta mengamalkan sunnah baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka.

Ya Allah berilah keyakinan kepada kami agar kami berani dan bersedia menghadapi segala ujian yang diturunkan kepada kamii. Terangkanlah hati kami, mudahkanlah kami memahami pelajaran dan pengajaran yang engkau ingin engkau berikan melalui ujianMU.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami taat menunaikan solat 5 waktu sehari dan semalam. Dengan solat itu Kau kurniakanlah rezki ilmu yang bermanfaat kepada kami. Dengan solat juga Kau lepaskan kami dari
Azab kubur, diberi buku catatan amalan melalui tangan kanan,melintas jambatan sirat sepantas kilat dan memasukkan kami ke dalam Syurga tanpa hisab.

Ya Allah Ya Rahim, berilah kekuatan kepada kami agar kami belajar bersungguh-sungguh dari kesilapan kami tanpa mengenal erti jemu. Dengan ilmu itu ya Allah mudah-mudahan kami tahu yang manakah suruhan dan laranganMu.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berilah kekuatan kepada kami agar kami sentiasa mengingatimu dalam setiap masa dan keadaan. Semasa senang dan semasa susah, semasa lapang dan semasa sempit, semasa muda dan semasa tua, semasa sihat ataupun sakit.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami dapat mengamalkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) ke dalam diri mereka seperti sifat rajin, tekun, sabar, rendah diri, tolong menolong dan sebagainya, sebaliknya kau buangkanlah sifat-sifat keji (mazmumah) yang ada pada diri mereka seperti sombong, ujub, riak, dan sebagainya dari diri mereka.

Ya Allah berilah keikhlasan kepada kami agar kami melakukan dan meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah, bukan kerana dipaksa atau disuruh oleh sesiapa.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kami agar kami berjuang bersungguh-sungguh di dalam menghadapi segala ujianMu terhadap kami. Jadikanlah kami bukan sahaja hamba yang cemerlang di dunia bahkan juga di akhirat nanti.

Ya Allah sebenarnya banyak lagi yang ingin kami minta, tetapi kami tidak pandai berdoa. Cukuplah apa yang nabi minta untuk kebaikan umatnya itu yang kami minta dan apa yang nabi minta jauhkan itu jualah yang kami minta jauhkan.

Aamiin Ya Allah T.T

Fikirlah.. Istighfarlah..

ALLAH sentiasa jaga kita, Dia sentiasa mengikuti
kita, dalam pada Dia menguji kita, Dia sentiasa menyayangi kita.. Tapi kita??

kite terlalu sibuk memikirkan benda yang tak berfaedah.

kita terlalu sibuk memujuk gf/bf kita yang tengah marah.

tapi bila Allah marah. tidakkah kita terfikir??

mungkin ada yang terfikir. tapi tidak memperdulikannya.

mungkin ada yang langsung tidak terfikir.

fikirlah.

Istighfarlah.

Allah sayang sangat dengan kita.
kita cakap kita sayang Allah.

tapi?

adakah hanya berkata "Saya Sayang Allah" itu sudah cukup??

fikirlah.

Istighfarlah.

saya tegur. tidak bermakna saya sempurna.

setiap manusia ada kekurangannya.

muhasabah buat dirisendiri jua. T.T

♥♥ Sabarlah Dalam Berdakwah, Dakwah Itu Cinta ♥♥

Sabarlah dalam berdakwah,
sabarlah dalam membawa insan ke arah
kebenaran.


Sabarlah sayang.

Rasulullah dibaling batu hingga berdarah kerana dakwah,
Rasulullah dihina, diludah kerana membawa Islam,
Rasulullah dituduh sesat kerana membawa
kemenangan.

Biarkan mereka menghina kita,
biarkan mereka berkata nista dan bodoh kepada kita.

Biarkan, sabar.

Jika kita bersungguh-sungguh demi Islam, kita tetap akan menang.

Allahuakbar. ♥


jangan sedih jika takde yang menyokong mu untuk berdakwah sebab..

Allah ada.. :'D

takkan hanya sebab orang tegur dah nak berhenti berdakwah..

Mana perginya Imanmu ?
hanya sebab ditegur sedikit, dah berhenti nak berdakwah

Allah..

Saya bukanlah seorang muslimah yang baik. 

malah saya baru berhijrah.
tapi. tidak salahkan ? jika aku ingin menyampaikan dakwah.

walau sedikit,
walau sepatah ayat..

kerana..

DAKWAH ITU CINTA.. 

-InginAkuMenjadiSolehah-