Wednesday, August 29, 2012

Ingatlah Allah dah sediakan SESEORANG yang TERBAIK dan yang SERASI buat kita, Sungguh Jodoh itu ditangan Allah S.W.T.

 

"Lebih baik ingat diri berdosa daripada menyangka diri suci dari dosa, kerna merasa diri berdosa, menimbulkan rasa kehambaan, merasa diri suci dari dosa, menimbulkan riak, Wallahua'lam.."

                             ..Bismillahhirrahmanirrahim..



~Saat Allah MENCINTAI seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka..disitulah Allah MELENYAPKAN segala rasa putus asa dan KESEDIHAN akibat DOSA mereka, kemudian DIGANTIKAN dengan HARAPAN dan keinginan untuk BERUBAH menjadi insan yang BERSIH dan lebih baik..✿~ >>> 
Aku tahu bila Allah MENCINTAIKU iaitu saat aku MEMBENCI segala                                         KEJAHATANKU..<<<




bila perpisahan itu berlaku kerana ALLAH, maka yakinlah DIA telah menuliskan yang terbaik untuk kita...usah terlalu bersedih kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNya....Jadikanlah solat, al-quran dan zikir itu sebagai penolongmu. Bersabarlah, pasti ada yang terbaik untuk kamu. :')


♥ ♥  MENIKAHI orang yang kita CINTAI adalah SUATU KEMUNGKINAN.. Tetapi MENCINTAI orang yang kita NIKAHI adalah sebuah KEWAJIPAN..  ♥ ♥  ~♥ ♥  P/s: Cinta WAJIB diberi kepada SUAMI bukannya kepada TEMAN LELAKI..♥ ♥


Ya Allah, Jadikanlah aku seorang wanita yang Solehah, yang baik di antara yang lebih baik, dan kurniakanlah aku pendamping yang baik, dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik darimu ....                                       Amin.. Amin.. Ya Rabbal 'Alamin..



 KEMATIAN adalah satu kejadian yang mempunyai hikmah yang tersendiri.Setiap makhluk samada dia suka atau tidak pasti akan menghadapi mati.

Allah berfirman yang maksudnya:
Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)

Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.
(al-A’raf ayat 34)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)

Pengalaman saya mendapati ramai yang tidak tahu apa perlu buat sebaik saja salah seorang dari keluarga mereka meninggal.Melainkan membiarkan sahaja jenazah hingga Imam atau pengurus jenazah tiba.

Saya harap dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.

Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, langkah langkah berikut hendaklah dilakukan sambil beringat bahawa jenazah hendaklah sentiasa di hormati.

Mati itu adalah suatu kejutan.Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:

Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan.”

Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
Rapatkan mulutnya
Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
Luruskan kakinya.
Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.

wallahua'lam..